SMKBT2's Fan Box

SMKBT2 on Facebook

Rabu, Mac 03, 2010

SMK Bandar Tenggara 2 rai Pelajar Cemerlang

KULAI JAYA 4 Feb. – Seramai 302 pelajar cemerlang diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara 2, Kulaijaya, kelmarin.
Mereka turut menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM41,800, sijil, kalkulator dan kamus yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Penerima anugerah terdiri daripada 196 pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 106 pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Turut hadir ialah Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Tinggi, Mohd. Zakaria Yusof dan Pengerusi Biro Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Tenggara, Zainuddin Abu Bakar.
Pada majlis sama, enam sekolah dipilih menerima Anugerah Khas Galakan Kecemerlangan UPSR & PMR peringkat Parlimen Tenggara.
Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Saujana, SK Felda Sungai Sibol, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Hwa dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) REM, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab dan SMK Bandar Tenggara 2.
Setiap sekolah menerima plak penghargaan, sijil dan peruntukan bernilai RM10,000.
Sementara itu, Halimah dalam ucapannya turut menyentuh mengenai kepentingan ilmu yang merupakan elemen penting dalam pembangunan dan pembentukan sahsiah diri.
Menurut beliau, ilmu pengetahuan adalah pengukur bagi ketamadunan sesebuah masyarakat dan ia mampu melahirkan cendekiawan.
Dalam pada itu, seorang penerima anugerah cemerlang dari SRJKT Jalan Tajul, Kota Tinggi, J. Yanusha, 13, berkata, dia gembira dengan penghargaan tersebut.
“Keputusan 7A dalam UPSR lalu menjadi galakan untuk terus berjaya mencapai cita-cita sebagai doktor,” katanya yang kini bersekolah di SMK Tun Habab, Kota Tinggi.
Ditanya tentang rahsia kejayaannya, J. Yanusha berkata, dia memberi tumpuan ketika belajar selain mengulang kaji di rumah.

sumber: http://pspbtp.wordpress.com/2010/02/05/smk-bandar-tenggara-2-rai-302-pelajar-cemerlang/

Isnin, Mac 01, 2010

Ceramah Program Sekolah Selamat

Ceramah Sekolah Selamat
Tarikh : 1.3.2010
Masa : 10.00 - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka
Penceramah : Insp Jasni anak Nimos
(Ibu Pejabat PDRM daerah Kota Tinggi)








Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber serta Majlis Pelancaran Program 3 dlm 1

Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber
serta Majlis Pelancaran Program
1. Minggu Anti Dadah
2. Sekolah Selamat
3. Mentor Mentee
Tarikh : 1.3.2010
Masa : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka








Khamis, Februari 11, 2010

Kejohanan Balapan & Padang 2010

Kejohanan Balapan & Padang kali ke 8
Tarikh : 11.2.2010
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tghari
Perasmi : YB Datuk Haji Baderi bin Haji Dasuki (ADUN Panti)







KEPUTUSAN KEJOHANAN
1. Kasawari
2. Jentayu
3. Cenderawasih
4. Rajawali
KEPUTUSAN PERBARISAN
1. Kasawari
2. Cenderawasih
3. Rajawali
4. Jentayu
KEPUTUSAN SUKANTARA
1. Jentayu
2. Kasawari
3. Cenderawasih
4. Rajawali

Slide Kejohanan Balapan & Padang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign