SMKBT2's Fan Box

SMKBT2 on Facebook

Selasa, Ogos 31, 2010

Kisah Unta



Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian bertanya kepada ibu unta,

Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?

Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang pasirnya tidak pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita daripada tenggelam ke dalam pasir.

Anak Unta: Hmm.. benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata saya panjang?

Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir apabila kita berjalan di padang pasir.

Anak Unta: Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang besar di bahagian belakang saya?

Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak supaya kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang jauh.

Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki yang besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata yang panjang supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini untuk menyimpan air! tetapi ibu?

Ibu Unta: Apa lagi sayang?

Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan??!!

MORAL: Kisah unta ini dipaparkan agar menjadi satu pengajaran kepada murid sekalian. Ingatlah sehebat mana pun kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak sekolah tetapi sekiranya murid sendiri tidak mahu, tidak tahu atau menyalahgunakan kemudahan maka tiada ertinya kemudahan tersebut disediakan. Betapa bertuahnya anda di sekolah ini jika hendak dibandingkan dengan murid yang berada di sekolah lain. Apabila prasarana sekolah kelas pertama, pastikan juga anda bermentaliti kelas pertama bukannya bermentaliti kelas ketiga. Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign